Tuesday 23 August 2011

Pengenalan Mumtaz Parenting

Assalamualaikum w.b.t

        MUMTAZ adalah sebuah kit keibubapaan yang bertujuan membantu ibu bapa dan individu yang berminat agar lebih berkemahiran dan berkesan dalam membentuk nilai-nilai terpuji  di kalangan kanak-kanak. Ia membolehkan pengguna mendapat hasil yang berkesan. 

Kit ini berbentuk interaktif, boleh digunakan secara individu atau secara berkumpulan serta membantu mengujudkan persekitaran yang harmoni, saling mensyukuri, mudah dan praktikal digunakan. Nilai-nilai terpuji bersifat sejagat ini diperolehi dari ayat-ayat suci Al-Quran - Surah Luqman (Ayat 12-19) yang mengandungi  nasihat dan pesanan penting daripada seorang ayah bernama Luqman kepada anaknya agar anak mengetahui tanggungjawabnya kepada Tuhan, ibu bapa, dan masyarakat. 

13 nilai yang hendak dibentuk ialah:

1.  Bersyukur,  
 2. Tawhid, 
3. Pembalasan, 
4. Penghayatan Solat 
5. Khusyuk Solat 
6. Hikmah Solat 
7. Taat Ibu Bapa, 
8. Bersederhana, 
9. Komunikasi, 
10. Rendah Hati, 
11. Bersabar, 
12. Mengajak Kepada Kebaikan,
13. Mencegah Dari Kejahatan. 

Pelbagai kaedah pendidikan yang terbukti secara saintifik sesuai untuk pendidikan kanak-kanak telah dipilih bagi menentukan kandungan, jenis aktiviti, bahan, alatan terkini sesuai dengan fitrah kanak-kanak khususnya yang berumur 6-10 tahun. 

Kaedah tersebut ialah bercerita, mewarna, melukis, membuat dialog, bermain, pembelajaran melalui pengalaman, berlakon, membuat projek, perbincangan, perbandingan, penyelesaian masalah, refleksi, penghargaan, simulasi, demostrasi, ulangan dan masteri, projek, perbincangan dan perbandingan, temubual, latihan, nasihat, sentuhan , penghargaan, berzikir. 
 
Logo Mumtaz ialah berbentuk Daun Hijau yang tertulis perkataan Keibubapaan Mumtaz dalam tulisan jawi. Logo ini bermaksud keibubapaan memberi kehidupan kepada orang lain seperti tanaman mengalami proses fotosentisis dengan menggunakan chlorophyll untuk membuat makanan yang diperlukan oleh makhluk lain.

Motto Mumtaz ialah mudah, ceria dan fokus  bermaksud segala aktiviti mudah dilaksanakan dan memberi keseronokan dan kegembiraan kepada pengguna serta  berfokus kepada 13 nilai terpuji.